Pusat Akses
Pusat Akses ini terletak di Sekolah Kebangsaan Ulu Beranang di mukim Lenggeng Negeri Sembilan.Semenjak ianya dilaksanakan di sekolah ini pada tahun 2007 pelbagai aktiviti dan program yang telah dijalankan sehingga kini melibatkan pelajar sekolah, guru, kakitangan dan komuniti setempat.Kini pusat akses dijaga oleh Juruteknik komputer yang ditempatkan di sekolah ini bermula pada tahun 2009 semenjak itu kegunaan Pusat Akses terus berkembang dan dipelbagaikan.
Pengenalan 
  1. Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self Learning).Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara kendiri dan akses kendiri.
  2. Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran .Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.
  3. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
  4. Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.
Matlamat
Matlamat Pusat akses Sekolah ialah:
  1. Membudayakan penggunaan Ict di sekolah.
  2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid.
Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah:
  1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
  2. Membolehkan murid melaksankan pembelajaran kadar kendiri,terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
  3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran. 


 Foto Pusat Akses Sekolah

Pengguna
    • Keutamaan penggunaan diberikan kepada murid
    • Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah.
    • Komuniti 



JAWATANKUASA PUSAT AKSES KENDIRI


PENASIHAT
ZULAINI BINTI NORDIN
(Guru Besar)
V
PENGERUSI
PN. NURHAYATI BINTI ITAM
(Guru Media)
V
PENYELARAS
PN.NORHAMIZA BINTI BASRI
(Guru Penyelaras Bestari)
V
SETIAUSAHA
PN. AZIAN BINTI ALWI
V
JURUTEKNIK KOMPUTER
EN. KHAIRUL AKRAM BIN ALIAS
V
AJK MURID
BRIGED BESTARI
       

    WAKTU OPERASI
     Pusat Akses Sekolah beroperasi pada waktu seperti berikut:

    a) Semasa waktu persekolahan;

        Waktu  : 8.00 a.m hingga 1.30 p.m

    b) Selepas waktu persekolahan;

        Waktu  : 2.30 p.m hingga 5.00 pm

    c) Hari Sabtu sekiranya ada permintaan;

        Waktu   : 8.30 a.m hingga 12.30 p.m
















    Anda Tak tahu solat?
    Jangan malu Sila klik pada Gambar untuk melihat animasi solat yang ringkas beserta audio bacaan yang mudah difahami!